Big Sister

My photo
Cuma dalam taksedar, memori yang buatkan kau gagah berdiri kini dan selamanya

Saturday, September 10, 2016

Kotak Komen Hilang, help!

Assalamualaikum,

Setelah dah post 2 entry, aku baru perasan kotak komen hilang. Serius dah penat godek and follow tuto hasil mr google but then still tak muncul, engkorang tahu kenapa?

Reply:
Dekat Speak Up bawah tu, atau email aku hahahaha - nitnot2204@gmail.com

Maceh !

Friday, September 9, 2016

E-PJJ (Mode of Study) Info

Assalamualaikum,

Okay apa yang korang tahu pasal PJJ? Ke memang taktau langsung, maybe ada je orang yang taktahu pasal ni. Aku cuma tahu PJJ je, sebab aku student e-pjj ni kekeke. So, jangan tanya pasal PLK, tu memang taktau la, melainkan maksud dia je aku tahu, "Pengajian Luar Kampus".

E-Pjj ni ialah pengajian jarak jauh means medium dia memang mostly "Online" la, tapi ada class juga on weekend which is pada hari Ahad sahaja. Tapi aku tak pasti kalau untuk Diploma atau Master, yang aku tahu sikit kalau Master class depa sebulan sekali jaa, Berkilo kilo la kemalasan dia nak pi tu kalau dah sebulan sekali kahkahkah. 

Soalan Hot untuk Mak Jemah sekalian!

1. Macam mana nak apply?
 Hang pi ja website https://ined.uitm.edu.my/ ni then hang baca la ikut suka hati hang, dunia di hujung jari beb jangan lah malas sangat, buang sikit setan tu k? Hmm malas jugak? takbole buat apa lah, nah hamik kau -- https://online.uitm.edu.my/ined/

2. Eh, kena beli no pin dekat BSN ke?
Tidak perlu ya tuan tuan dan puan puan, toksah lah awok pi beratuq panjang kat bsn tu pastu siap amik half day pulak semata nak apply sambung study nak beli no pin. Hang relax je duduk depan pc sambil makan popcorn hokay!

3. Bila je boleh apply? ke dah lepas?
Okay, nak apply dia ada 2 sesi bagi setiap level. (Total 4 sesi)
Diploma Level : Mei dan November, every year
Degree Level : Mac dan September, every year

4. Boleh transfer credit tak?
Boleh, bagi uitm ex-student atau ipta, ipts susah and aku rasa tak boleh, kalau poli boleh kot ikut la code subject kau, tapi kalau kau dari kpm, hmm bawak bersabar lah ye dik, rajin ke kau nak pi kolej lama kutip ke korek balik subject 2-3 tahun lepas punya silibus pastu nak kena verify by pengarah? mesti kau tepuk dahi kan. Hm alang alang tu apa salah nya amik lah balik semua ya tanpa transfer credit. Takpelah, menimba ilmu dapat pahala, lagipun kau bukan lah malaikat boleh ingat semua benda yang engko dah belajar dulu, ye dok? *krik krik*

5. Ada orientasi ke?
Helloooooo opkos takda lah beb, kita kan kerja. Celah mana kau nak attend orientasi tu. Kahkahkah jangan cakap orientasi weh, koko pun burn je weh, tak rugi weh amik pjj :*

6. Yuran mahal ke?
Entahlah, kalau kau rasa kau tak banyak duit, UITM is the best choice. Iyelah, kalau banyak duit boleh dah stop baca blog aku ni, pergi la kome sana bukak OUM. Kan kayo duit kepok kepok macam Rosmah, eh? 

Pengalaman aku lah, as a degree student course aku ni, haritu (2015), masa daftar bayar RM 1,300 je tak silap dah include lah tu dengan yuran, second sem RM 1,200 camtu, third sem pun sama ja. Cuma kena ingat lah, pjj punya payment tak macam full-time student boleh hold yuran sampai nak final kan? means kena settle down hutang sebelum amik exam, pjj tak k tak. Before start class kena clean semua hutang piutangg engko. Kejam sikit la kan, iyelah dia fikir kita kerja duit kepokkepokkkkk!

7. Class macam mana? berapa kali? berapa jam?
  • Class macam yang aku lalui, 2 minggu sekali.
  • 1 bulan 4 minggu
  • Class 2 minggu x sekali aje
  • Hari ahad, dari pukul 8:30 pagi sampai 6:15 petang, pisang tak pisang engko dahla hari ahad weiweiweiwei!
  • Satu hari tu, kalau aku 4 subject je lah, rest waktu zohor jela. Hmm bertabah lah nak oi.


8. Environment 
Susah ah nak cakap kalau part kawan, kau datang sebab kau nak segulung sijil yang boleh naik kan pangkat kau, gaji kau, kau rasa? Mostly buat hal masing masing lah, sebab umur yang berbeza. Pastu macam tahlah, bosan gakla cuma yang best nya Lect memang layan kita tak macam kita belajar full-time bebel tak sudah ke ngamuk ngamuk ke tak. Relax je. Best la. Grouping jela tak best, hmm 

9. Boleh ponteng ke class?
Bukan nak cakap apa la, nak ponteng cam eh please lah, satu sem 5x je kot class tak kan manjang kau nak ponteng gi Bangi Wonderland kot? err. Sayang weh. Sebab nya kau dahla kerja kau ingat kau rajin sangat ke nak study kalau kau tak masuk class? lain aa kalau kau dakdak nerd, kah! Datang ajela, sebab 5x tu memang full aje lect nak buat test la quiz la explain pasal esaimen la. Lagipun, mana jumpa lect kalau tak masuk class. Boleh la kalau sekali nak ponteng. tapi elakkan lah, input banyak terlepas nanti. 

10. Macam mana kalau tak faham? dahlah tak jumpa?
Haa yang ni lah paling penting sekaliiiii! Nama pun E-Pjj kan? jadi mode pembelajaran kau ialan online, meas kau memang wajib aktif dalam "i-Class". Dekat dalam tu interface dia sama jela macam forum, lect bagi notes ke quiz ke, kau wajib respon sebab benda ni la ramai orang susah nak commit. Sebab kena communicate in this medium, plus muka kau terpampang kat situ. Setiap hari kalau boleh masuk i-class tu, sebab sometimes lect suka je bagi pastu suh submit pastu kau lak blur blur eh bila eh bila eh? ee kau ni penampaq satg kang. Pastu dalam class kang kena perli siap dia cek eh log siapa dah masuk and baca dia punya post tu, nama sekoq sekoq terpampang, kau tak malu macam tu? dahla dah tua, tapi eh malas aa nak cakap kan. Kahkahkah eh serius ada sorang dia tak masuk i-class dia failed tau. Jangan memain na. 

Dah penat ni ada lagi tak yang aku tak mention kat sini, any question boleh lah kau drop komen k? insyaAllah i akan reply kalau free. Nak update blog pun tunggu nak raya haji ni hoo, iols busy manjang no, rasa nak beli masa. Siyes kabo!

Salam Aidiladha, jaga diri biarlah lembu kambing kerbau unta je yang terkorban k!

Wsalam,
Nots.

Saturday, August 13, 2016

Come-back!

Assalamualaikum, hai?

Dan, Hai saya akan kembali ber-blog dengan info info dan kupasan yang menarik (atau lebih matang dari sebelum ni, hahahaha) selepas senyap hampir 2 tahun kahkahkah. Last post is on 20/10/2014 duh, lama gila kot. Biasalah, i am busy woman you know..

Nasiblah, tak buat come back sebab nak cerita pasal majlis kahwin, eh? I anak dara lagi you, ahaks! *Habislah kalau budak ofis dapat stalk blog ai ni habis habis, memang sorok muka bawah meja ler jawab nya, okbai see you to the next episode! jyeah

Happy Weekend! *sambil memikirkan better share pasal vacation or e-pjj or working experience or resipi or wah banyak pulak idea ciss!*